Oleh: Haikal Tajuddin
PETALING JAYA: Kerajaan tetap meneruskan pendirian memberi sokongan kepada Palestin dengan bantuan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata sokongan padu itu dilakukan untuk memperjuangkan negara Palestin supaya dapat menubuhkan rakyat yang berdaulat.
“Selepas konflik berlaku di Gaza beberapa jam lalu, kerajaan telah menyatakan pendirian Malaysia untuk terus beri sokongan padu kepada perjuangan rakyat Palestin.
“Disebabkan perkara tersebut, Malaysia akan bekerjasama dengan negara yang sehaluan dan memastikan keanggotaan negara Palestin bersama dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
“Ini adalah untuk mengekalkan negara Palestin dapat menumbuhkan rakyat lebih berdaulat,” jelasnya menerusi sidang media, hari ini.
Dalam pada itu, isu di negara tersebut juga turut diperbincangkan di Mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mencari jalan menyelesaikan konflik tersebut.
Tanggal 7 Oktober tahun lalu, bermulanya jenayah perang ke atas rakyat Palestin oleh rejim Zionis dengan dimulakan Operasi Taufan Al-Aqsa tahun lalu.
Ia sebenarnya klimaks kepada banyak pertempuran Palestin melawan penindasan Israel selama puluhan tahun dengan berlakunya pembunuhan, pengusiran dan kekerasan tanpa henti khususnya di wilayah Gaza dan Tebing Barat.