BUENO AIRES: Liam Payne, bekas anggota kumpulan pop terkenal One Direction, meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat tiga sebuah hotel di Palermo, Argentina.
Penyanyi berusia 31 tahun itu dilaporkan mengalami kecederaan parah, dan usaha untuk menyelamatkannya gagal, meskipun pasukan perubatan tiba di lokasi kejadian dalam masa yang singkat.
Menurut jurucakap polis Buenos Aires, Payne jatuh dari ketinggian kira-kira 13 hingga 14 meter.
“Liam James Payne, komposer dan gitaris, juga bekas anggota kumpulan One Direction, meninggal dunia hari ini selepas terjatuh dari tingkat tiga sebuah hotel,” katanya dalam satu kenyataan.
Memetik laporan media tempatan, AFP, berita kematian Payne tersebar dengan pantas, mengundang ratusan peminat berkumpul di lokasi kejadian, di mana pasukan perubatan masih berusaha memberikan rawatan kecemasan.
Namun, menurut Ketua Perkhidmatan Perubatan Kecemasan SAME, Alberto Crescenti, Payne mengalami kecederaan serius di bahagian kepala dan tengkoraknya retak, yang menyebabkan tiada sebarang prosedur kecemasan dapat dilakukan.
Pasukan perubatan dilaporkan tiba di tempat kejadian kira-kira tujuh minit selepas menerima panggilan kecemasan pada puku 5.04 petang (waktu tempatan).
Sebelum ini, Payne, mula dikenali pada tahun 2010 apabila dia menyertai rancangan realiti popular, ‘The X Factor’.
Bersama Harry Styles, Niall Horan, Louis Tomlinson, dan Zayn Malik, mereka membentuk kumpulan One Direction yang menjadi fenomena global.
Kumpulan ini berjaya menghasilkan banyak lagu hit dan album yang mendominasi carta muzik dunia.
Baca juga: