Oleh: Kamilia Ali
PETALING JAYA: Skuad Bola Sepak Harimau Malaya kini berada di tangga ke-133 dunia, turun satu anak tangga berdasarkan kemas kini terbaru Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Pengumuman tersebut dikongsi menerusi laman Facebook Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), hari ini.
“Kemas kini terbaharu ranking FIFA hari ini, Malaysia di tangga 133 dunia, turun 1 anak tangga berbanding 132 pada kemas kini terdahulu,” kata FAM.
Menurut laman sesawang www.fifa.com, skuad kendalian Pau Marti Vicente itu telah mengumpul 1,113.92 mata berbanding 1,117.64 ketika berada di tangga ke-132.
Selain itu, Malaysia mengalami detik sukar apabila tewas dengan keputusan 4-0 menentang New Zealand dalam satu aksi persahabatan FIFA Tier 1.
Untuk makluman, Malaysia bakal mengharungi aksi persahabatan Tier 1 FIFA menentang pasukan ke-125 dunia, India pada 19 November depan di tempat lawan.
Baca juga: