PUTRAJAYA: Perdana Menteri Ethiopia, Dr Abiy Ahmed Ali telah diberikan sambutan rasmi di Kompleks Seri Perdana di sini oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada pukul 9.30 pagi tadi.
Dr Abiy dan delegasi kini sedang dalam lawatan rasmi dua hari ke negara ini.
Terdahulu, dalam lawatan itu, beliau telah berkesempatan untuk melawat kilang Proton di Tanjung Malim dan mendengar taklimat mengenai operasi Proton.
Hari ini, Dr Abiy bertemu dengan Anwar dalam satu majlis rasmi, diikuti dengan mesyuarat dua hala yang akan memberi tumpuan kepada pengukuhan hubungan dua hala dalam bidang perdagangan dan pelaburan, pertanian dan komoditi, industri halal, pembangunan mampan, kesihatan, pelancongan dan pendidikan.



Lawatan ini dijangka memperkukuhkan kerjasama antara Malaysia dan Ethiopia, serta membuka peluang baharu bagi kedua-dua negara dalam bidang yang dipersetujui.