Jijik, penjaja guna batang penyapu sawang gaul kaki ayam!

Oleh: Hanim Nadia

PETALING JAYA: Seorang penjaja di Sri Petaling, Kuala Lumpur dirakam dalam sebuah video didakwa menggunakan sebatang penyapu boleh laras yang biasa digunakan untuk membersih sawang untuk mengaul kaki ayam dalam sebuah periuk.

Dalam rakaman tersebut, dia mengambil batang yang diletakkan di atas lantai, kemudian menggaul kaki ayam yang sedang dimasak.

Rakaman itu menjadi tular dan mencetuskan kecaman orang ramai.

“Alamak! Tiada sijil kebersihan la,” seorang pengguna media sosial mengulas mengenai kebimbangan berkaitan lesen kebersihan.

“Lelaki ini sangat menjijikkan… Saya pasti dia telah melakukannya, cuma dia tertangkap kali ini. Saya cadangkan dia tutup gerainya, tiada sesiapa yang berfikiran waras akan pergi ke sana,” kata seorang lagi pengguna media sosial.

“Orang macam ini tak dibenarkan lagi untuk menjual makanan,” tegur seorang lagi pengguna.

Susulan itu, satu permohonan maaf telah dikeluarkan oleh premis tersebut yang mana mereka serta-merta telah menggantung operasi gerai sementara menunggu semakan menyeluruh terhadap standard perkhidmatan.

Pihak pengurusan telah komited untuk melaksanakan protokol kebersihan yang lebih ketat dan meningkatkan standard perkhidmatan keseluruhan.

“Kami akan berusaha untuk memastikan semua operasi memenuhi jangkaan pelanggan sebelum menyambung semula perkhidmatan.

“Pihak pengurusan juga berjanji untuk mengemas kini keadaan semasa siasatan mereka diteruskan,” katanya.

Anda Mungkin Berminat