PM beri baucar khas sempena Deepavali

Oleh: Kamilia Ali

PETALING JAYA: Kerajaan MADANI akan terus memperkukuh usaha ke arah kesejahteraan rakyat dalam memastikan setiap golongan dapat menikmati kemakmuran bersama, selaras dengan aspirasi negara yang inklusif dan penyayang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyampaikan baucer ‘Jom Shopping Deepavali 2024’ kepada 135 penerima yang diwakili oleh Setiausaha Politik, Farhan Fauzi di sekitar Parlimen Indera Mahkota semalam.

Farhan juga menyantuni masyarakat India di sekitar kawasan tersebut melalui Majlis Penyampaian Baucar Deepavali 2024.

Penyampaian baucer tersebut bertujuan membawa keceriaan dan membantu mereka membuat persiapan sempena sambutan Deepavali tahun ini.

Kerajaan MADANI sentiasa komited dalam menyalurkan bantuan kepada rakyat tanpa mengira bangsa atau agama, termasuk bantuan khusus kepada masyarakat India, terutamanya bagi golongan miskin tegar dan mereka yang memerlukan.

Justeru, langkah ini sejajar dengan iltizam kerajaan untuk memastikan kebajikan rakyat sentiasa terpelihara, dan tiada sesiapa pun yang tercicir atau terpinggir dalam arus pembangunan negara.

Anda Mungkin Berminat