Oleh: Norman Radzuan
SAYA sering ke pusat beli belah dan melihat ‘salesgirl’ seperti di Parkson dan Metrojaya, rata-rata sedang bermain telefon (HP) atau berborak sesama sendiri. Dia punya borak sampai kita boleh dengar cerita dari A ke Z tanpa pedulikan kita yang sedang mencari saiz baju.
Lalu muncul kebimbangan saya mengenai sikap mereka ini. Apa jadi dalam tempoh lima tahun nanti bila kecerdasan buatan (AI) menguasai dunia. Jika bekerja secara ‘full time’ dan dibuang kerja bagaimana nasib mereka.
Ketika si JADONG (bodoh sombong) sedang membodohkan dan mengkhayalkan orang Melayu kononnya ancaman mereka adalah orang Cina, tanpa kita sedari ancaman sebenar kepada bangsa kita adalah kehadiran teknologi AI dan warga asing.
Saya pernah meramalkan dlm penulisan pada tahun 2012 bahawa surat khabar sudah tidak relevan menjelang 2020. Tulisan itu mendapat teguran seorang rakan wartawan (ada dalam ‘friendlist’) yang gusar dengan ramalan itu.
Mungkin berasa tidak selesa memandangkan dirinya masih bergelar wartawan ketika itu. Rupanya ia berlaku lebih awal, menjelang 2017 lagi surat khabar sudah tidak laku. Rata-rata ‘print media’ yang ada sekarang jualan hanya sekitar 20,000 sahaja.

Media sosial kini mengatasi ‘print media’, berita di kaca TV bukan lagi pilihan majoriti masyarakat dunia. Media ‘mainstream’ juga telah beralih kepada ‘online’ untuk kekal relevan.
Kini teknologi AI muncul yang mengakibatkan jutaan pekerjaan akan diambil alih teknologi ini. Ingat AI bermaksud Kecerdasan Buatan bukannya bermaksud Kepandaian Tiruan. Yang bercakap begitu orang tak pandai tapi buat pandai dan itulah yang dinamakan Kepandaian Tiruan.
Tahukah anda begitu banyak peluang pekerjaan akan hilang kerana AI ini. Antaranya…
1. Kerani kemasukan data.
2. Kerani akaun, simpan kira dan gaji.
3. Setiausaha eksekutif dan pentadbiran.
4. Pekerja kilang dan peasangan.
5. Pekerja khidmat pelanggan dan maklumat klien.
6. Pengurus pentadbiran dan khidmat perniagaan.
7. Akauntan dan juruaudit.
8. Kerani simpan bekalan dan bahan.
9. Pengurus besar dan operasi.
10. Kerani perkhidmatan pos.
11. Pemandu GRAB
13. Wakil perkhidmatan pelanggan
14 Sokongan pentadbiran
15. Ejen pelancongan
16. Jurujual runcit
17. Wartawan peringkat permulaan
18. Pembaca pruf
19. Penterjemah
20. Pembantu undang undang
21. Penganalisis data
22. Pekerja gudang
… dan banyak lagi. Dari senarai ini kita dapat melihat bagaimana semua bank di seluruh dunia sedang mengecilkan staff mereka kerana kecanggihan teknologi/AI.

Sebenarnya sebelum kemunculan AI, teknologi telah banyak mengambil alih tugas manusia. Antaranya pekerja tol, pekerja parking, operator, kedai gambar, pondok telefon adalah antara pekerjaan dan benda yang telah pupus walaupun sangat penting suatu ketika dahulu.
Kemudian lebih memeritkan lagi pekerjaan yg dulu dilakukan oleh orang Melayu atau bangsa-bangsa lain seperti pekerjaan di Seven E, pengawal keselamatan, hotel, petani, pekerjaan kilang, pekerja restoran telah diambil alih oleh warga asing.
Jika bertanya kepada saya kenapa warga asing menjadi pilihan? Jawapannya mudah, mereka berdisiplin, rajin, gaji tidak terlalu mahal dan tidak memeningkan kepala majikan.
Ambil pekerja tempatan kena marah terus berhenti, kerja nak senang gaji nak tinggi, jadi pengawal keselamatan jam 12 malam sudah tidur atau tiada di post, kerja Seven E mencuri atau dapat gaji berhenti dan akhirnya peluang pekerjaan itu kini diambil alih warga asing yang jumlah kini mencecah lebih 2 juta orang.
Salah siapa? Semua ini kerana sikap kita! Kita malas tapi hanya tahu bercakap.
Sewaktu saya di China…saya dapat sendiri melihat bagaimana hebat negara ini hingga membuatkan USA sangat cemburu. Tiga bandaraya utama yang saya kunjungi seperti di Beijing, X’ian dan Shenzhen tiada bandingan dengan bandaraya negara kita.
Kemajuan China begitu pantas hingga US, Eropah dan Jepun tidak mampu mengejar mereka. Dengan populasi yang begitu tinggi mereka tidak tergugat jika cuba disabotaj kerana mereka negara pembuat dan dengan lebih 2 bilion rakyatnya mereka boleh menjana ekonomi domestik.
Bloomberg Economist menjangkakan China bakal menjadi kuasa ekonomi terbesar dunia seawal tahun 2031, memintas Amerika Syarikat yang memonopoli gelaran kuasa ekonomi nombor 1 dunia selama lebih seabad.

Tapi orang Melayu dibodohkan rakyat China bawa lima bendera nak jajah Malaysia. Sedangkan rakyat Malaysia kibarkan dua kilometer bendera Malaysia di Tembok Besar China, sedikit pun rakyat China tidak hairan.
Kebimbangan saya adalah masa depan generasi Gen Z ini. Generasi yang dikatakan manja, tidak agresif (hanya duduk di bilik), bergantung kepada keluarga dan bermacam macam lagi untuk mengharungi dunia yang mencabar ini. Bayangkan saya minta ‘staff’ untuk panggil interview… mereka (Gen Z) ini yang tetap tarikh dan masa bukan majikan.
GEN Z mendapat maklumat dari TikTok. TikTok pula digunakan oleh JADONG untuk membodohkan anak-anak muda dengan sentimen perkauman.
Sedangkan teknologi yang pantas ini memerlukan anak-anak muda terutama anak-anak Melayu bangun dari kemalasan. Sudahlah malas bekerja, malas berfikir dan akhirnya bangsa ini dijajah tanpa disedari.
Dijajah oleh teknologi, dijajah oleh warga asing dan dijajah oleh politikus jahat (JADONG) dan kapitalis. Akhirnya anak bangsawan atau politik sahaja yang boleh berjaya. Boleh dapat pinjaman, geran berjuta ringgit.
Anak Melayu masih takut tak bersama parti tertentu masuk neraka. Masih tunggu Imam Mahdi lalu terpaksa ikut jamaah, terpukau dengan mimpi lalu terpaksa ikut parti tertentu.
Bangkitlah anak-anak muda jangan malas bekerja dan jangan malas berfikir. Bangun dari katil empukmu kerana hanya pelacur yang bekerja dari atas katilnya. Ini zaman semua serba pantas.
*** Penulis adalah bekas pengamal media dan kini menganalisis senario politik tanah air