Pentadbiran Trump: Peluang kukuh nilai eksport, ringgit

PETALING JAYA: Nilai eksport dan Ringgit Malaysia (RM) dilaporkan dapat mengekalkan potensi yang lebih kukuh susulan peralihan kuasa di Amerika Syarikat (AS) yang kini dipimpin oleh Donald Trump.

Menurut kenyataan yang dikongsikan oleh The Edge, teknologi Malaysia dijangka berdepan prospek sederhana pada separuh kedua 2024.

Fortress Capital, Thomas Yong, meramalkan pemulihan lebih perlahan daripada dijangkakan, susulan kekuatan ringgit dan permintaan pengguna global yang lemah menjadi penghalang utama.

“Trump mungkin memberi manfaat kepada Malaysia apabila syarikat-syarikat berusaha untuk memodifikasikan rantaian bekalan mereka daripada China bagi mengurangkan kesan tarif yang dikenakan oleh AS.

“Peralihan ini berpotensi membawa pelaburan langsung asing dan kerjasama strategik dengan syarikat teknologi Malaysia, walaupun beliau memberi amaran bahawa sebarang manfaat akan bergantung kepada pemulihan permintaan pengguna global,” katanya.

Namun begitu, nilai ringgit hari ini turut dilaporkan sedikit menurun berbanding sesi penutupan minggu lalu.

Menerusi laporan yang dikongsikan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada pukul 9, nilai ringgit berada pada 4.3880 berbanding dolar AS daripada 4.3800 pada Jumaat lalu.

Anda Mungkin Berminat