Oleh: Kamilia Ali
PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Putera Mahkota Kuwait, Sabah Al-Khalid Al-Sabah.
Dalam pertemuan tersebut, Anwar menyampaikan ucapan tahniah kepada Kuwait yang akan menjadi Pengerusi Majlis Kerjasama Teluk (GCC) bermula Disember depan.
Anwar turut memanjangkan jemputan kepada Putera Mahkota untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-GCC serta Sidang Kemuncak ASEAN-GCC+China pada Mei 2025 di Kuala Lumpur.
“Malaysia sudah pastinya akan mengemudi ASEAN untuk mengukuhkan kerjasama dengan negara-negara di Timur Tengah,” katanya.
Selain itu, Anwar menegaskan komitmen Malaysia untuk mempertingkatkan lagi hubungan dua hala, terutamanya dalam bidang perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara.
“Saya percaya hubungan Malaysia dan Kuwait akan terus diperkukuh ke tingkat yang lebih tinggi, Insya-Allah,” tambahnya.
Baca juga: