Israel tak layak dalam komuniti negara beradab – Anwar

RIYADH: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Israel tidak lagi layak berada dalam komuniti negara-negara beradab.

Beliau menyeru komuniti antarabangsa untuk mempertimbangkan embargo, penggantungan dan bahkan pengusiran Israel dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Kita perlu mengambil tindakan tegas untuk melindungi bukan sahaja Timur Tengah tetapi juga keseluruhan tatanan (aturan) global,” kata Anwar ketika menyampaikan ucapan dengan berani dan lantang di Sidang Kemuncak Luar Biasa Arab dan Islam di Riyadh pada Isnin.

Anwar turut mengingatkan dunia tentang tindakan luar biasa yang diambil oleh Perhimpunan Agung PBB terhadap Afrika Selatan 50 tahun lalu dan mencadangkan tindakan serupa terhadap Israel.

Beliau juga menekankan perlunya perlindungan yang lebih efektif untuk Agensi Bantuan dan Kerja PBB untuk Pelarian Palestin (UNRWA) dan pasukan pengaman PBB di Lebanon termasuk Malaysia yang telah diserang oleh tentera Israel.

Ucapan ini mendapat perhatian dunia kerana keberanian dan ketegasan Anwar dalam menyeru tindakan segera dan berkesan terhadap keganasan Israel.

Anda Mungkin Berminat