Oleh: Haikal Tajuddin
RINGGIT Malaysia hari ini masih menunjukkan kadar pertumbuhan aliran positif walaupun mengalami sedikit penurunan.
Menerusi laporan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), nilai ringgit sewaktu sesi pembuka adalah pada 4.4405 berbanding sesi penutupan semalam yang mencecah kepada 4.4365.
Namun begitu, sewaktu sesi pembukaan ini, ringgit masih kekal diniaga lebih tinggi berbanding nilai mata wang di peringkat negara-negara utama.
Seperti di Britain, ringgit mencatatkan kenaikan berbanding pound, mencecah paras 5.6463/6635 berbanding 5.6889/6934 pada penutupan Selasa.
Ia turut mengukuh berbanding Eropah kepada 4.7061/7204 dari 4.7111/7148 dan naik berbanding yen Jepun kepada 2.8661/8752 daripada 2.8788/8812.
Selain itu, ringgit juga didagangkan lebih tinggi berbanding mata wang ASEAN.
Ia menambah nilai berbanding baht Thailand kepada 12.7162/7637 dari 12.7456/7608 pada penutupan sebelumnya dan mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.3107/3210 berbanding 3.3143/3174.
Ia turut menunjukkan data peningkatan yang baik berbanding peso di Filipina kepada 7.53/7.56 dari 7.54/7.55 dan naik berbanding rupiah Indonesia kepada 280.8/281.9 daripada 281.0/281.5.