Harga Rumah Teres Dijangka Naik, Yang Turun Hujan Sahaja – Pakar Kewangan

Oleh: Haikal Tajuddin

PETALING JAYA: Harga rumah teres dijangka naik sebanyak lima peratus menjelang tahun hadapan, menurut Pakar Kewangan, Dr Azizul Azli Ahmad.

Beliau menyatakan bahawa peningkatan harga ini adalah suatu perkara biasa dan masyarakat perlu bijak merancang kewangan mereka.

“Jika sebelum ini kediaman berharga RM300,000 dan naik lima peratus bermakna ada tambahan RM15,000 sahaja.

“Jadi, harga RM300,000 menjadi RM315,000. Jika dibahagi 12 bulan, akan ada pertambahan RM1,250 sebulan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Beliau juga berkongsi pengalaman rakannya yang membeli rumah PRIMA di Taiping Perak, di mana harga semua rumah telah meningkat.

Dr Azizul menyarankan individu yang ingin membeli rumah agar memulakan kehidupan dengan kediaman kecil dan mampu milik bagi mengelakkan bebanan kewangan. *

“Harga rumah, berat badan dan harga barang memang kekal naik yang turun sehari dua ini hujan sahaja,” katanya.

Pakar industri hartanah juga menjangkakan kenaikan harga rumah teres sebanyak lima peratus pada tahun hadapan.

Penilai Berkanun dan Ketua Pegawai Eksekutif serta Pengasas Irhamy Valuers International, Irhamy Ahmad berkata, peningkatan harga rumah teres akan mengatasi jenis rumah lain pada 2025 sepertimana yang berlaku pada 2023 yang lalu.

Baca lagi.

Anda Mungkin Berminat