Lebih 14,000 Rakyat Malaysia Guna Kata Laluan ‘123456’

PETALING JAYA: Kata laluan 123456 antara yang paling kerap digunakan di Malaysia untuk mencipta akaun di pelbagai platform.

Perkara itu didedahkan oleh syarikat perkhidmatan menyimpan kata laluan iaitu NordPass di laman sesawangnya.

Selain itu, seramai 5,368 orang pula menggunakan kata laluan qwerty123, 123456789 (5,214 orang), qwerty1 (5,030 orang) dan 12345678 (3,615 orang).

Kajian itu juga menyatakan seramai 3,018,050 orang juga menggunakan 123456 sebagai kata laluan di dunia ini.

Data ini adalah untuk pengguna dari 44 negara dan dikumpul dari sumber yang terbuka kepada awam dan juga dalam dark web tanpa melibatkan data peribadi atau pembelian data.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat