AC Mizal nafi gagal bayar gaji, akan saman pemfitnah

Oleh: Hanim Nadia

PETALING JAYA: Pengasas SUKE TV, Datuk AC Mizal menafikan dakwaan tidak membayar gaji pekerja di syarikat televisyen itu.

Tuduhan ini dianggap tidak berasas dan AC Mizal berhasrat membawa perkara ini ke mahkamah.

“Saya terpanggil untuk menjawab kenyataan fitnah dan tohmahan yang tular di media sosial oleh beberapa individu yang tidak bertanggungjawab,” katanya dalam satu video di Instagram.

Dakwaan tersebut didakwa datang daripada bekas kakitangan yang telah ditamatkan perkhidmatan.

Menurut AC Mizal, SUKE TV bersedia untuk berbincang jika ada isu berbangkit dan telah mengarahkan peguam untuk mengambil tindakan undang-undang serta merta.

“Jangan salah guna media sosial untuk kepentingan tertentu. Kami mempunyai semua bukti, tetapi akan serah kepada proses undang-undang,” tambahnya.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai seorang personaliti TV yang mendakwa tidak menerima tiga bulan gaji dan caruman KWSP serta Perkeso yang tertunggak.

Anda Mungkin Berminat