Oleh: Haikal Tajuddin
PARIS: Presiden Perancis, Emmanuel Macron mencuri perhatian apabila memuat naik satu gambar bersama kapsyen dengan hantaran bahasa Melayu.
Kenyataan tersebut dikongsikan menerusi aplikasi X, dengan mengakui pertemuan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai langkah merapatkan lagi hubungan antara Perancis dan Malaysia.

“Bersama Perdana Menteri Malaysia @AnwarIbrahim, yang juga merupakan Pengerusi ASEAN.
“Pertemuan pertama ini akan membolehkan kami mempererat hubungan antara negara kami, khususnya dalam bidang peralihan tenaga, salah satu keutamaan bersama kami,” tulisnya di aplikasi X pada Selasa.
Hantaran itu dibuat sebaik selesai pertemuan antara Presiden Perancis bersama Anwar dalam Sidang Kemuncak G20 yang berlangsung di Rio de Janeiro, Brazil, hari ini.