Usahawan kraf boleh promosi di Hari Kraf Kebangsaan

Oleh: Kamilia Ali

PARLIMEN | Usahawan kraftangan diberi peluang untuk mempromosi dan memasarkan produk mereka sewaktu Hari Kraf Kebangsaan mengikut negeri.

Timbalan Menteri Pelancongan, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata Hari Kraf Kebangsaan biasanya dilakukan di ibu kota, namun setiap negeri juga mempunyai hari istimewa bagi mempromosikan produk-produk kraftangan mereka tersendiri.

“Ia dirancakkan lagi dengan pelbagai intipati sewaktu hari kraf itu diadakan selain turut diberikan bimbingan serta seminar dari aspek pemasaran dan aspek untuk mengawal selia kewangan.

“Ia bertujuan untuk mendepani masa hadapan dari sudut teknologi itu sendiri,” katanya dalam Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Rushdan Rusmi (PN-Padang Besar) berkenaan langkah Kerajaan mempromosikan hasil kraftangan di Malaysia.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat