MP kerajaan cadang subsidi kenderaan baharu untuk pemilik kenderaan usang

Oleh: Kamilia Ali

PARLIMEN: Ahli Parlimen Seri Gading, Aminolhuda Hassan mencadangkan penambahbaikan polisi sekerap kenderaan dengan menawarkan subsidi untuk membeli kenderaan baru atau pengecualian cukai bagi pemilik kenderaan usang.

Cadangan itu bertujuan memastikan keselamatan dan mengelakkan lambakan kenderaan usang di jalan raya.

“Tujuan perkara ini dicadangkan demi memastikan keselamatan dan mengelakkan lambakan kenderaan,” kata Aminolhuda dalam Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau mencadangkan kerajaan memperkenalkan sistem atau skim insentif bagi pemilik kenderaan lama untuk menamatkan penggunaan kenderaan usang mereka.

Selain itu, beliau mencadangkan peningkatan pemeriksaan keselamatan berkala yang lebih ketat diwajibkan ke atas kenderaan yang berusia lebih 10 tahun, seperti yang diamalkan di Jepun.

“Peningkatan keselamatan berkala yang lebih ketat diwajibkan ke atas kenderaan yang berusia lebih 10 tahun,” tambahnya.

Sebelum ini, terdapat lebih 7,000,000 kenderaan usang di dalam negara menurut laporan tahun 2022.

Lambakan kereta itu menyumbang kepada pencemaran dan peningkatan risiko kepada jalan raya.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat