KOTA BHARU: Seramai 35,284 mangsa banjir di enam negeri ditempatkan di 304 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 7.45 pagi hari ini.
Kelantan menjadi negeri tertinggi merekodkan mangsa banjir dengan 29,023 orang di 151 PPS melibatkan sembilan daerah.
Pasir Mas pula menjadi daerah tertinggi mencatatkan 11,698 orang di 40 PPS diikuti Tanah Merah (3,224), Kuala Krai (2,826), Pasir Puteh (2,757), Tumpat (2,405), Kota Bharu (2,157), Machang (1,750), Bachok (1,486) dan Jeli seramai 773 orang.
Negeri Terengganu juga menunjukkan peningkatan kembali dengan 5,859 orang di 143 PPS melibatkan enam daerah di Besut, Setiu, Kemaman, Hulu Terengganu, Dungun dan Marang.
Selain itu, empat negeri lain turut merekodkan banjir bawah 200 orang ditempatkan di 10 PPS iaitu Kedah (180), Perlis (174), Johor (28) dan Perak seramai 20 orang.
Baca juga: