Cuti Jemaah Menteri Dibeku, PM Arah Fokus Banjir

PUTRAJAYA: Cuti kesemua jemaah menteri dibekukan susulan bencana banjir yang melanda beberapa negeri ketika ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengarahkan semua menteri turun padang segera bagi membantu mangsa-mangsa banjir.

“Ya… Semua menteri diminta teruskan tugas sekarang, turun (ke lapangan),” katanya ringkas kepada pemberita.

Terdahulu, Anwar menunaikan solat Jumaat bersama lebih 500 penduduk kariah Presint 17 di Masjid Pudina, selepas makan tengah hari di restoran Nasi Champo di Taman Warisan Pertanian.

Sehingga hari ini, situasi banjir di seluruh negara terutama di Kelantan terus memburuk dengan keseluruhan mangsa dilaporkan mencecah 65,397 orang daripada 20,302 keluarga.

Selain Kelantan, bencana banjir turut dilaporkan di Terengganu, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan, Perak dan Selangor.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat