Oleh: Haikal Tajuddin
PARLIMEN | Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohd Shahar Abdullah menyatakan keputusan yang melibatkan isu Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) akan diumumkan Khamis ini.
Beliau berkata, keputusan itu akan dibuat sekitar jam 12 tengah hari.
“Sehubungan itu, saya ingin memaklumkan, Yang Dipertua Dewan Rakyat, memerintah yang berhormat Pendang berada di dalam dewan ketika keputusan tersebut dibuat,” jelasnya.
Kenyataan ini dikeluarkan sebaik RSN Rayer (PH-Jelutong) mencelah ketika Datuk Azman Nasrudin (PN-Padang Serai) mengusulkan isu semasa yang berbangkit dalam Parlimen hari ini.
Rayer sewaktu mencelah berkata tiada sebarang maklum balas yang diterima berkaitan isu tersebut membuatkannya membangkitkan kembali.
Dalam kenyataan sama, beliau dengan tegas meminta Awang untuk digantung serta merta tanpa sebarang rujukan oleh mana-mana pihak Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
Terdahulu, Awang mendakwa penemuan wang tunai sebanyak RM94 juta di kediaman seorang bekas menteri.
Akibat perkara tersebut Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul meminta PN-Pendang mengemukan bukti berhubung dakwaan tersebut atau membuat permohonan maaf.
Baca juga: