Oleh: Haikal Tajuddin
PETALING JAYA: Mata wang Ringgit hari ini masih menunjukkan trend penurunan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), sejak semalam.
Menerusi laporan yang dikongsikan Bank Negara Malaysia (BNM) sekitar jam 12:20 tengah hari, ringgit berada pada nilai 4.4670 berbanding 4.4675 pada sesi penutupan, semalam.
Namun begitu, Ringgit Malaysia (RM) yang diniagakan di beberapa mata wang utama masih berada pada nilai pasaran yang lebih tinggi.
Seperti di Britain, nilai ringgit lebih kukuh berbanding pound iaitu kepada 5.6589/6716 berbanding 5.6643/6700 pada hari Selasa, serta meningkat berbanding euro kepada 4.6923/7028 daripada 4.7003/7050.
Bagaimanapun, ringgit sedikit susut berbanding yen Jepun, turun kepada 2.9844/9913 daripada 2.9825/9859 pada hari sebelumnya.
Bagi mata wang ASEAN pula, ringgit turut diniagakan bercampur-campur.
Ia menguat berbanding dolar Singapura kepada 3.3199/3276 berbanding 3.3223/3261 pada penutupan Selasa, dan hampir tidak berubah berbanding peso Filipina, mencatatkan 7.62/7.64 berbanding 7.62/7.63 sebelum ini.
Ringgit sedikit susut berbanding baht Thailand kepada 13.0023/0398 daripada 12.9854/13.0042, tetapi menguat berbanding rupiah Indonesia kepada 279.9/280.7 daripada 280.1/280.5 sebelum ini.
Baca juga: