PETALING JAYA: Kesiapsiagaan kerajaan menangani isu banjir sudah dilakukan tiga bulan lebih awal sebelum bencana melanda.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata selain agensi kerajaan, semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC dan GLIC) turut melibatkan diri.
“Selain penugasan dan keterlibatan pelbagai agensi kerajaan, GLCs dan GLICs, rakyat berbilang kaum dan agama turut tampil membantu mangsa banjir sebagai tanda semangat perpaduan di negara ini.
“Semangat dan kebersamaan ini harus dimanfaatkan bagi memurnikan sifat ihsan dan saling menghulurkan tangan di saat ada antara kita yang diuji dengan musibah banjir,” katanya pada Rabu.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Pengumpulan Dana Ihsan MADANI untuk mangsa banjir di Kompleks Seri Perdana.
Anwar turut menitipkan penghargaan dari pihak kerajaan di atas sumbangan pelbagai pihak termasuk sektor swasta dan korporat dalam membantu meringankan beban ditanggung mangsa banjir.
Baca juga: