Oleh: Syahirah Harish / Kamilia Ali
KUALA LUMPUR: Pengasas platform e-dagang Fashionvalet, Datin Vivy Yusof dan suami, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar tiba di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur lebih kurang pukul 8.30 pagi ini.
Pasangan tersebut didakwa atas kesalahan kerugian pelaburan dana Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam perniagaan e-dagang berkenaan berjumlah RM43.9 juta.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki telah mengesahkan perkara tersebut.
Sebelum ini, SPRM mengesan terdapat beberapa transaksi agak mencurigakan dalam siasatan berhubung kerugian pelaburan dalam syarikat FashionValet sejak 2018 sehingga 2023.
SPRM dilaporkan membuat rampasan kira-kira 60 kotak mengandungi pelbagai dokumen daripada FashionValet, Khazanah dan PNB untuk membantu siasatan.
Baca juga: