Aisar Khaled dan Fuji dilamun cinta?

PETALING JAYA: Aisar Khaled, seorang pempengaruh popular Malaysia telah menarik perhatian ramai apabila dikhabarkan sedang dilamun cinta dengan Fuji, adik kepada selebriti Indonesia, Fadly Faisal.

Pertemuan mereka berlaku di acara Byon Combat 4 Showbiz di Jakarta, di mana Aisar Khaled berhadapan dengan Fadly Faisal dalam perlawanan tersebut.

Meskipun kalah, Aisar tidak ragu-ragu untuk menunjukkan minatnya kepada Fuji.

Aisar Khaled yang dikenali sebagai seorang Youtuber dan usahawan yang berjaya terus memperlihatkan minatnya kepada Fuji melalui media sosial.

Fuji yang berusia 22 tahun, akhirnya mengakui bahawa mereka baru saja bertemu secara peribadi dan berharap interaksi ini dapat mempereratkan hubungan mereka.

Netizen dari kedua-dua negara memberikan sokongan penuh kepada kemungkinan percintaan ini dan berharap hubungan mereka akan berkembang lebih jauh.

Adakah ini permulaan kepada satu romansa baru antara dua negara, Malaysia dan Indonesia?

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat