Ringgit Malaysia kekal stabil, dijangka mengukuh hari ini

Oleh: Haikal Tajuddin

PETALING JAYA: Ringgit Malaysia (RM) menunjukkan kestabilan yang lebih baik setelah mengalami penurunan dalam beberapa hari kebelakangan ini.

Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), pada pukul 12.00 tengah hari, nilai ringgit berada pada kadar 4.4145 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Angka ini menunjukkan peningkatan positif berbanding penutupan urus niaga semalam iaitu 4.4250.

Bagaimanapun, ringgit kebanyakannya masih rendah berbanding mata wang utama.

Ia merosot berbanding pound Britain kepada 5.6316/6514 daripada 5.6286/6356 dan berkurang berbanding euro kepada 4.6719/6883 daripada 4.6586/6644 semalam.

Namun, ringgit mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.9385/9490 daripada 2.9439/9478.

Ringgit juga menunjukkan peningkatan berbanding beberapa mata wang ASEAN.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.2976/3094 daripada 3.2985/3029 dan naik berbanding peso Filipina kepada 7.62/7.66 daripada 7.64/7.66.

Selain itu, ringgit naik sedikit berbanding baht Thailand kepada 12.9423/9991 daripada 12.9462/9710 semalam.

Namun, nilai rupiah Indonesia hampir tidak berubah, di mana ia dibuka pada kadar 278.2/279.4 daripada 278.9/279.4 semalam.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat