Oleh: Hanim Nadia
PETALING JAYA: ‘Third party’ akan dilantik sebagai pengendali Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bakal diadakan pada tahun depan, kata Setiausaha Agungnya, Fuziah Salleh.
Bagaimanapun, kata Fuziah, pemilihan ‘third party’ tersebut masih dalam penelitian dan perbincangan antara beberapa organisasi yang dilihat mempunyai integriti dalam pengurusan.
“Ya, kali ini saya akan membawa satu pendekatan di mana yang menjadi pengendali pemilihan itu adalah ‘third party’ yang mana kita akan bawa orang luar. Maksudnya mereka ini tiada kaitan dengan parti dan profesional dalam menguruskan pemilihan.
“Saya sedang meneliti, berbincang dengan beberapa organisasi, antaranya ialah organisasi yang mempunyai integriti seperti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau syarikat yang diiktiraf integriti dan ketelusan mereka.
“Dalam masa sama, kita akan bawa auditor di awal proses pemilihan,” katanya dalam satu wawancara eksklusif bersama Malaysia Bangkit.
Pemilihan PKR sebelum ini didakwa berlaku beberapa masalah seperti pembelian undi dan sabotaj.
Isu-isu berkenaan menimbulkan keributan dalam PKR sendiri, untuk itu bagi mengatasi masalah ini PKR akan memperbaiki tatacara pemilihan.
Untuk rekod, PKR adalah satu-satunya parti yang memperkenalkan kaedah satu ahli, satu undi. Kaedah ini bertujuan mengelakkan amalan rasuah dalam pemilihan.
Baca juga: