Oleh: Hanim Nadia
SEORANG wanita bertanya kepada warga maya adakah logik dia membeli empat lauk dan sayur di sebuah restoran mencecah harga RM91.
Menerusi satu video tular di media sosial, wanita itu berkata, dia membeli tiga ketul ayam goreng, terung balado, satu kilogram daging dendeng, tiga senduk siput sedut masak lemak cili api, dan tiga ketul rendang ayam.
Dalam video tersebut, wanita itu seperti tidak berpuas hati dengan harga yang dibayarnya.
Menjengah di ruangan komen, kebanyakan warga maya bersetuju dengan harga tersebut memandangkan kuantiti lauk yang diambil wanita itu agak banyak.
“Daging sampai sekilo, ingat daging RM5 sekilo ke? Hahahha dengan rempah semua. Logik je harga macam itu, mahal dekat daging,” komen Haikal Adam.
“Logik… Yang tak logiknya awat tak tanya masa nak bayar tu?” soal Muhd Zedi.
“Sangat sangat logik. Daging sekarang, sekilo dah RM40. Itu belum dimasak lagi. Dah masak, dah berapa harganya. Itu belum lagi lauk-lauk yang lain tu. Siput pun memang mahal lah,” komen Yan.
“Jujur nak bagitahu daging dendeng memang mahal. Padankan pula dengan siput sedut, memang mahal,” kata Puteri Nur Syamimi Nadia.
Baca juga: