Anak Ronaldo beri ‘hint’ bakal beraksi bersama bapa

ANAK kepada ikon bola sepak profesional, Cristiano Ronaldo Junior (Jr), menyatakan bahawa dia bakal beraksi bersama bapanya, Cristiano Ronaldo dalam satu perlawanan yang masih dirahsiakan.

Ronaldo Jr yang baru berusia 14 tahun itu mendedahkannya dalam satu program temu bual dan berharap ia mampu direalisasikan.

“Insya-Allah, insya-Allah.. saya berharap,” ujarnya kepada hos program, Jimmy Donaldson.

Jimmy juga dikenali sebagai MrBeast iaitu antara Youtuber terkaya di dunia dan temubual itu menjadi bualan hangat dalam kalangan peminat bola sepak di media sosial..

Terdahulu, Ronaldo atau nama penuhnya, Cristiano Ronaldo dos Santos Aveiro, 39, berkongsi tentang kisah hidupnya dan perjalanan kariernya sebagai seorang pemain bola sepak dalam program itu.

Sementara itu, media antarabangsa, FOOTBOOM juga mengulas jawapan spontan Ronaldo Jr dianggap lucu sekali gus menunjukkan ikatan istimewa antara anak-beranak tersebut.

Sebelum itu, Ronaldo pernah menyatakan impian untuk bermain secara profesional dengan anaknya sebelum menggantung kasutnya buat selamanya.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat