Oleh: Haikal Tajuddin
PETALING JAYA: Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor, Anfaal Saari mengarahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menyiasat tegas Hospital Bersalin Razif berkenaan dakwaan menahan dan membeku mayat seorang bayi.
Beliau dalam kenyataan berkata, tindakan tersebut sama sekali tidak berperikemanusiaan dan tidak memiliki sifat empati.
“Kita tidak boleh bertindak dan mengeluarkan dakwaan secara melulu sebelum mendapat maklumat yang lengkap.
“Oleh itu, saya telah meminta pihak JKM untuk meneliti kesahihan dan menyiasat maklumat-maklumat yang diterima berkaitan kes ini, ” katanya.
Pada masa yang sama, Anfaal turut meneliti segala kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak syarikat swasta dan keluarga bayi tersebut.
Oleh itu, beliau mengarahkan pihak JKM untuk meniliti kesahihan dan menyiasat semula maklumat yang diterima berkaitan kes tersebut.
Terdahulu, tular satu kes mayat seorang bayi lelaki yang didakwa telah dibeku dan ditahan selama 16 hari di salah sebuah hospital swasta kerana didakwa bapa kepada bayi berkenaan gagal melunaskan bil bernilai RM3,600.
Dalam pada itu, Anfaal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Templer mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa kematian bayi lelaki tersebut dan berharap keadilan tertegak.
Baca lagi: