Oleh: Kamilia Ali
PETALING JAYA: Jawatankuasa Pimpinan Nasional Parti Amanah Negara (AMANAH) memutuskan untuk menangguhkan Konvensyen Nasional AMANAH 2024 yang dijadualkan pada 28 dan 29 Disember 2024 akibat bencana banjir yang melanda negara.
Sehubungan dengan itu, Setiausaha Agung AMANAH, Muhammad Faiz Fadzil berkata, konvensyen tersebut akan diadakan pada 25 dan 26 Januari 2025 di KSL Esplanade Hotel, Klang, Selangor.
“Konvensyen Nasional sayap-sayap wanita, pemuda, dan wanita muda AMANAH akan diadakan pada 24 Januari 2025 di lokasi yang sama, ” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Selain itu, katanya, jentera AMANAH di semua peringkat diminta untuk membantu operasi bantuan banjir, terutama pasca banjir di kawasan-kawasan yang terkesan.
Di kesempatan ini, Faiz Fadzil dan Jawatankuasa Pimpinan Nasional memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi oleh para pemimpin, perwakilan, ahli dan penyokong AMANAH serta semua pihak yang terkesan dengan penangguhan ini.
Baca juga: