IMPIAN beregu lelaki Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani menamatkan penantian lapan tahun Malaysia untuk kejuaraan Jelajah Akhir Dunia BWF musnah selepas mereka tewas kepada pemain Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen pada perlawanan akhir sebentar tadi.
Pemain nombor 7 dunia, Sze Fei-Izzuddin berjuang habis-habisan sebelum tewas 17-21, 21-17, 11-21 dalam masa 65 minit kepada pemain nombor 3 dunia Denmark di Hangzhou pada Ahad.
Ia masih merupakan persembahan yang membanggakan daripada pasangan bebas itu dalam pusingan akhir sulung mereka.
Sze Fei-Izzuddin akan membawa pulang hadiah wang AS$ 100,000 (RM 443,000) untuk naib juara mereka.
Goh V Shem-Tan Wee Kiong kekal sebagai rakyat Malaysia terakhir memenangi gelaran itu apabila muncul juara pada 2016.
Baca juga: