PETALING JAYA: Nilai dagangan bagi hubungan dua hala antara Malaysia dan Thailand disasarkan bernilai AS$30 billion (RM133.8 billion) menielang 2027, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata, perkara itu antara perbincangan yang dibuat menerusi memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai antara kedua-dua negara dalam pelbagai ekonomi dan industri.
“Kami juga membincangkan kaedah untuk mengukuhkan kerjasama dalam pendidikan, kebudayaan dan pelancongan.
“Kami bersetuju untuk meneroka kerjasama dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) iaitu pertukaran kepakaran dan program latihan bersama termasuk melalui MCTP (Malaysia-China Technical Programme).
“Kami turut mengalu-alukan dua MOU berkaitan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan serta kerjasama Perdagangan dan Ekonomi Getah,” beliau berkata demikian ketika sidang media bersama Perdana Menteri Thailand, Paetongtaro Shinawatra di Putrajaya pada Isnin.
Anwar menambah hubungan dua hala bersama negara jiran itu juga akan memastikan semua projek disiapkan tepat pada masanya, termasuk projek jajaran jalan yang menghubungkan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam dan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sadao; dan pembinaan jambatan kedua menghubungkan Rantau Panjang, Kelantan dan Sungai Kolok, Narathiwat.
Selain itu, kedua-dua negara juga bersetuju untuk saling melengkapi antara satu sama lain terutamanya dalam industri getah dan halal.
Menyentuh isu serantau dan antarabangsa, Anwar berkata, Malaysia komited untuk memudahkan Dialog Keamanan yang sedang berlangsung di wilayah Selatan Thailand dan usaha untuk membangunkan Rancangan Komprehensif Bersama ke arah Keamanan (JCPP), sebagai langkah mewuiudkan persekitaran yang kondusif untuk keamanan.
Katanya lagi, Malaysia dan Thailand turut menyeru Myanmar untuk melaksanakan Konsensus Lima Peckara (SPC) secara sepenuhnya dengan mencari penyelesaian yang aman dan kekal lama.
Malah, dalam isu Laut China Selatan pula, kedua-dua negara mahu ia ditangani secara aman dan konstruktif, selaras dengan perkara yang diiktiraf oleh prinsip undang-undang antarabangsa termasuk Konvensyen Undang-Undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCLOS) 1982, Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DOC) dan kesimpulan awal Kod Tatalaku di Laut China Selatan (CoC).
“Perlu juga ada persetujuan untuk memberikan sokongan penvertaan Timor-Leste sebagai anggota penuh ASEAN,” katanya.
Baca juga: