PEMAIN sayap Manchester United, Alejandro Garnacho telah memenangi Anugerah Puskas FIFA 2024, anugerah tahunan untuk jaringan paling cantik.
Garnacho meraih anugerah tersebut melalui gol menakjubkan menerusi sepakan akrobatik ketika menentang Everton dalam aksi Liga Perdana Inggeris pada November tahun lalu.
Jaringan luar biasa Garnacho itu menewaskan 10 calon lain untuk anugerah gol tercantik tersebut.
“Secara jujur, sukar saya mempercayainya. Saya tidak melihat bagaimana jaringan itu dilakukan.
“Saya hanya dengar jeritan penyokong dan berkata, ‘Oh Tuhan’,” kata Garnacho kepada Sky Sports.
Garnacho menamatkan musim lalu dengan sepuluh gol dalam semua pertandingan dan pada musim ini, dia sudah meledak lapan gol.
Ini adalah kali kelima dalam 15 tahun gol Puskas dicipta dalam saingan Liga Perdana Inggeris selepas Olivier Giroud (2017), Mohamed Salah (2018), Son Heung-min (2020) dan Erik Lamela (2021).
Dengan kemenangan ini, Garnacho mengukuhkan namanya dalam senarai pemain yang menghasilkan gol-gol mengagumkan dan menyumbang kepada kejayaan pasukan mereka.
Baca juga: