Oleh: Haikal Tajuddin
HARGA makanan di kantin sekolah semakin lama semakin tidak masuk akal, itu antara luahan ibu-ibu di media sosial.
Menurut mereka, ianya tidak setimpal dengan kuantiti yang sepatutnya ditawarkan kepada pelajar sekolah, malahan jika mahu dibandingkan, dengan harga sama kuantiti lebih banyak boleh didapati di kedai makan.
“Menu dekat kantin sekolah anak saya RM3. Mula-mula tak rasa apa sebab anak saya memang bawa bekal hari-hari. Tetapi, bila terfikir anak orang lain, rasa kesian pula sebab tak setimpal ‘portion’ dengan harga. Warung biasa saya sarapan RM3 pun meriah juga,” luah @edaperfume di aplikasi X pada Sabtu.
Katanya lagi, jualan makanan yang berkonsepkan nasi seperti nasi lemak ayam juga sudah mencecah RM5.
Susulan itu, rata-rata warganet mengakui bahawa tindakan itu harus dihentikan kerana ia seakan-akan menyeksa pelajar sekolah dan wajar diambil tindakan.
“Ini RM1.50 sahaja patutnya. Satu lagi, kenapa takde protein. Ya Allah pantangnya orang aniaya budak-budak macam ini. RM3 kalau ada protein okey juga. Ini ‘portion’ sikit, protein tak ada, kenakan RM3. Tolong buat laporan sekarang sebelum saya yang pergi biarkan,” balas @lovisa.
“Biadapnya. Buat aduan pada Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPA) biar kena tindakan. Siapalah luluskan tender dia,” komen @sarah pula.
Baca juga: