PETALING JAYA: Media adalah watak penting dalam meraikan roh demokrasi yang bermakna di negara ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata media berperanan memberi kritikan, teguran, pandangan, ulasan, dan pencerahan kepada kerajaan dan rakyat.
“Dalam kesempatan yang ada hari ini, saya bertemu pengamal media tempatan dan luar negara bagi menyampaikan perkembangan terkini hala tuju negara terkait polisi kerajaan, pelbagai isu semasa dan masa depan negara,” jelasnya menerusi Facebook pada Sabtu.
Anwar turut menjelaskan mengenai prestasi jemaah menteri, membasmi kemiskinan tegar, dasar luar dan ekonomi negara yang berubah mengikut dinamik global, isu serantau dan kebangkitan ASEAN.
“Saya turut ditanya mengenai industri minyak dan gas Malaysia yang memerlukan kerjasama semua pihak agar saling menyokong untuk berkembang lebih maju pada masa hadapan,” katanya.
Beliau turut berharap sesi tersebut memberi manfaat sekali gus menjayakan halatuju, polisi kerajaan, isu semasa dan lain-lain.
Baca juga: