Agong, Raja Permaisuri Zahir Selamat Hari Natal

Oleh: Hanim Nadia

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan Selamat Hari Natal kepada masyarakat beragama Kristian di Malaysia.

Ucapan tersebut dizahirkan melalui hantaran di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Rabu.

“Semoga perayaan ini membawa kemakmuran dan kebahagiaan kepada mereka yang menyambut Hari Natal.

“Masyarakat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum, agama dan budaya menjadi tunjang perpaduan negara,” titah Baginda.

Hari Natal atau Krismas disambut pada 25 Disember setiap tahun oleh penganut Kristian.

Sementara itu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin turut berharap agar sambutan Hari Natal ini akan terus memupuk rasa hormat menghormati, toleransi, serta memperkukuh keamanan dan keharmonian di kalangan rakyat berbilang bangsa dan agama di Malaysia.

Baginda juga mengingatkan pengguna jalan raya agar memandu dengan cermat dan berhati-hati khususnya di musim perayaan ini.

“Baginda berdua mendoakan agar semua selamat sampai ke destinasi yang dituju.,” titah Sultan Selangor.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat