Israel Kurang Ajar, Lakukan Jenayah Keji – Iran

IRAN mengecam tindakan Israel yang terang-terangan mengaku bertanggungjawab atas kematian pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh di Tehran pada awal tahun ini.

Iran menyifatkan pengakuan Israel itu sebagai kurang ajar dan tidak tahu malu.

Malah, pembunuhan ke atas Haniyeh, seorang pemimpin politik di wilayah berdaulat adalah satu jenayah keji.

“Pengakuan Israel itu mendedahkan tanggungjawab Israel ke atas tindakan pengganas dan pencerobohannya,” kata kata Duta Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Amir Saeid Iravani, memetik laporan CNA.

Kenyataan itu dibuat dalam surat kepada Setiausaha Agung PBB, sehari selepas Menteri Pertahanan Israel, Katz mengakui Israel bertanggungjawab atas pembunuhan itu, yang juga merupakan kali pertama pengakuan rasmi itu dibuat.

Haniyeh terbunuh dalam satu serangan pada 31 Julai 2024 di Tehran semasa beliau melawat Tehran untuk menghadiri majlis perasmian Presiden Iran Dr Masoud Pezeshkian.

Pada Oktober, Iran menyatakan bahawa pihaknya melancarkan 200 peluru berpandu ke Israel, sebagai respons terhadap pembunuhan itu.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat