Gus Azmi Diundur Dari Festival Keagamaan Selangor

PETALING JAYA: Sekretariat Darul Ehsan Berselawat mengumumkan dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu bahawa festival keagamaan yang akan berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat ini akan diteruskan tanpa penglibatan pendakwah dari Indonesia, Gus Azmi.

Keputusan itu dibuat susulan keprihatinan warganet baru-baru ini mengenai tabiat merokoknya di pentas ceramah di Indonesia, yang dikhuatiri memberi pengaruh yang tidak baik kepada para pengunjung festival.

“Segala keperihatinan para pendokong Festival Darul Ehsan Berselawat adalah keutamaan kami.

“Sokongan daripada anda semua amatlah kami hargai.

“Jumpa anda semua pada 27, 28 & 29 Disember 2024,” tulis kenyataan itu.

Festival Darul Ehsan Berselawat akan berlangsung di Setia City Park Oval Lawn, Setia Alam dan akan disempurnakan oleh tokoh-tokoh terkenal seperti Dr Habib Luthfi Ali Yahya, Habib Najmuddin Al Khered dan Habib Ali Zainal Abidin Assegaf.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat