BNM Digesa Ambil Tindakan Syarikat Insurans Naik Harga Caruman

Oleh: Hanim Nadia

PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) digesa mengambil tindakan tegas terhadap syarikat insurans yang cuba mengambil kesempatan dengan menaikkan harga secara tidak berpatutan.

Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse berkata, ini kerana beliau telah menerima aduan daripada seorang pencarum mengenai kenaikan harga dari sebuah syarikat insurans secara mendadak.

“Harga caruman Takafulnya naik mendadak sehingga mencecah 30 peratus berkuatkuasa Februari 2025 melalui emel daripada syarikat ITO kepada beliau bertarikh 27 Disember 2024.

“Kenaikan ini nyata tidak selari dengan arahan BNM yang hanya membenarkan kenaikan tidak melebihi 10 peratus sehingga akhir tahun 2026 melalui kenyataan Gabenor BNM pada 20 Disember lalu,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Mengulas lanjut, katanya, tindakan ini bukan sahaja melanggar arahan yang telah ditetapkan, malah turut memberikan tekanan kewangan yang besar kepada pencarum.

Tambahnya, kesejahteraan pengguna perlu menjadi keutamaan dan sebarang ketidakpatuhan terhadap peraturan perlu ditangani dengan serius.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat