Tindakan tegas terhadap premis warga asing tanpa lesen – DBKL

Oleh: Haikal Tajuddin

PETALING JAYA: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan tegas terhadap premis perniagaan warga asing yang beroperasi tanpa lesen sah di sekitar Pasar Borong dan Pusat Bandar Utara Kuala Lumpur.

Menurut laporan DBKL, premis itu juga didapati membuat halangan di tempat awam.

“Sebanyak lima tindakan pindah halangan telah dilaksanakan ke atas premis-premis tersebut di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

“Serta empat notis kompaun dikeluarkan di bawah UUK Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016.

Pihak DBKL memaklumkan bahawa barang-barang yang disita dibawa ke stor Sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras untuk tindakan rekod dan dokumentasi.

DBKL berjanji akan terus memantau dan mengambil tindakan di lokasi tumpuan yang dikenalpasti.

Orang ramai boleh menyalurkan aduan atau maklumat melalui pautan https://adukl.dbkl.gov.my/.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat