Oleh: Kamilia Ali
KUALA LUMPUR: Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (KMUKM) menyampaikan salam takziah kepada keluarga Allahyarhamah Nillida Salsabil Abrar Muda, pelajar antarabangsa Tahun 2, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP) yang telah kembali ke rahmatullah akibat terjatuh di tempat kediaman pada Khamis.
Presiden KMUKM, Muhammad Awliya Mohd Fauzi berkata, Pejabat Presiden KMUKM bersama Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (MPP FEP) telah menziarahi keluarga mangsa di Hospital Serdang.
“Penolong Dekan HEPA FEP bersama KMUKM serta wakik Persatuan Mahasiswa FEP (PMFEP) turut membantu keluarga mangsa dalam urusan pelaporan di Balai Polis Bangi.
“Solat jenazah Allahyarhamah telah diadakan pada 27 Disember (Jumaat) selepas solat Maghrib di Masjid UKM,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Dalam pada itu, Muhammad Awliya yang mewakili seluruh barisan pimpinan KMUKM mengucapkan salam takziah kepada keluarga mangsa dan semoga rohnya dicucuri rahmat.
“Saya menyeru seluruh warga UKM agar sentiasa cakna terhadap keselamatan diri dan segera menghubungi kepada pihak berkuasa jika berlaku sebarang kemalangan,” ujarnya.
Pada 26 Disember lalu, tular satu kejadian melibatkan seorang pelajar perempuan warga asing berusia 19 maut dipercayai terjatuh selepas tergelincir daripada tingkat 33 di sebuah apartmen.
Punca kejadian dipercayai kerana pintu tandas rosak kediamannya rosak.
Baca juga: