Squid Game 2: Tinggalkan penonton dengan banyak tanda tanya

Oleh: Kamilia Ali

DRAMA bersiri televisyen Korea Selatan, Squid Game Musim ke-2 sekali lagi menjadi bualan hangat dalam kalangan peminatnya kerana episod terakhir yang menjadi tanda tanya.

Drama tersebut merupakan sekuel daripada Squid Game (2021) memiliki tujuh episod disiarkan sekali gus pada hari yang sama iaitu 26 Disember baru-baru ini.

Pada permulaan episod memaparkan watak utama, Seung Gi-Hun yang dilakonkan oleh Lee Jung Jae kembali sebagai peserta Squid Game edisi terbaru.

Bagaimanapun, niat asal Gi-Hun menyertai permainan itu sebenarnya kerana terdesak ingin berjumpa dengan dalang permainan tersebut, Frontman (Lee Byun Hun).

Konflik semakin mendebarkan apabila, Gi-Hun tidak mengetahui wajah Frontman dan tanpa disedari, Frontman menyamar sebagai pemain nombor 001 sekali gus menjadi gunting dalam lipatan dan berkawan dengan Gi-Hun.

Tujuan asal Frontman menyertai permainan tersebut adalah untuk menggagalkan usaha pemberontakan Gi-Hun, namun pada episod 7 yang merupakan episod terakhir, pemain 001 pura-pura ditembak oleh askar yang memakai baju merah beserta topeng.

Dalam pada itu, terdapat banyak tanda tanya yang membuatkan penonton runsing kerana Gi-Hun yang cuba untuk menyelamatkan pemain-pemain lain akhirnya ditangkap, malah pengikut yang cuba membantunya turut ditembak mati.

Pada akhir episod, pengarah yang mengendalikan drama ini, Hwang Dong Hyuk, meletakkan gambaran seolah-olah permainan baharu akan bermula dan pemain-pemain yang masih hidup sedang bersedia untuk bermain semula.

Oleh itu, Hwang Dong Hyuk telah mengumumkan bahawa segala pertanyaan bakal terjawab dengan lanjutan drama yang akan ditayangkan pada tahun 2025 iaitu Squid Game Musim ke-3 yakni musim dan itu yang terakhir.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat