Oleh: Haikal Tajuddin
PETALING JAYA: Ringgit Malaysia menunjukkan kadar sedikit menurun pada sesi pembukaan minggu ini.
Menerusi laporan yang dikongsikan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), sekitar jam 12.20 tengah hari tadi, kadar ringgit yang diniagakan sebanyak 4.4690.
Walhal, nilai ringgit yang ditutup pada minggu lalu adalah sedikit tinggi iaitu kepada 4.4689.
Selaras dengan nilai tersebut, ringgit juga turut memperlihatkan arah aliran yang agak rendah berbanding nilai mata wang utama lain.
Seperti nilai yen di Jepun, yang meningkat kepada 2.8296/8343. Namun begitu, Jumaat lalu, nilai yen telah ditutup pada kadar 2.8300/8346 pada.
Ia juga turut merosot berbanding pound kepada 5.6199/6287 daripada 5.5904/5991 dan rendah berbanding Eropah kepada 4.6601/6674 daripada 4.6489/6574 sebelum ini.
Namun begitu, nilai mata wang tempatan menyaksikan prestasi bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.
Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.2899/2955 daripada 3.2846/2900 dan berkurangan berbanding baht Thailand kepada 13.1196/1583 daripada 13.1023/1289.
Bagaimanapun, ia mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 275.1/275.7 daripada 275.4/276.1 dan tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 7.72/7.74.
Baca juga: