PMO: Lif baharu PA Desa Rejang dipercepatkan

Oleh: Kamilia Ali

KUALA LUMPUR: Satu lif baharu akan menggantikan lif lama yang terjatuh dari tingkat sembilan di Perumahan Awam (PA) Desa Rejang, Setapak, dekat sini.

Pengarah Pembangunan Pejabat Perdana Menteri (PMO), Khairy Maamor berkata akan mempercepatkan proses untuk mendapatkan lif baharu itu.

“Saya mendapat tahu bahawa kelulusan untuk mendapatkan lif yang baharu masih dalam proses.

“Selepas berbincang dan mengetahui masalah yang dihadapi oleh penduduk di sini, pihak kami akan mempercepatkan proses kelulusan demi keselamatan serta keselesaan penduduk,” katanya kepada Malaysia Bangkit setelah membuat lawatan ke perumahan pada Isnin.

Dalam pada itu, Pengerusi Penduduk PA Desa Rejang, Ismail Shaari yang ditemui mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak PMO kerana ambil perhatian dalam perkara tersebut.

“Saya mewakili semua penduduk di sini, mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Pembangunan Pejabat Perdana Menteri kerana sudi menguruskan perkara ini.

“Tarikh kelulusan untuk mendapatkan lif baharu juga akan diuruskan oleh pihak yang bertanggungjawab, jadi saya mengharapkan agar dengan adanya lif baharu akan permudahkan urusan semua penduduk di sini,” ujarnya.

Sebelum ini, penduduk Perumahan Awam (PA) Desa Rejang, Setapak, Kuala Lumpur mengalami situasi cemas apabila lif di Blok D perumahan tersebut dilaporkan terhempas dari tingkat sembilan.

Difahamkan, tiada mangsa yang terlibat ketika kejadian tersebut berlaku.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat