Blake Lively saman Justin Baldoni, pengarah filem It Ends With Us

PELAKON terkenal, Blake Lively, telah menyaman pengarah filem, It Ends With Us, bersama bintang gandingannya, Justin Baldoni yang didakwa telah melakukan gangguan seksual serta mencemarkan namanya.

Media antarabangsa melaporkan bahawa perkara tersebut berlaku setelah Lively, 37, bercakap mengenai dakwaan salah laku semasa rakaman filem berkenaan sedang berlangsung.

Katanya, tuntutan yang difailkan di New York pada Selasa mendakwa dia diganggu dengan tingkah laku yang kurang sopan oleh Baldoni dan salah seorang pengeluar filem, Jamey Heath, sebelum dan selepas selesai sesi rakaman.

“Syarikatnya iaitu Wayfarer Studios serta lain-lain yang terlibat sama membuat rancangan untuk merosakkan reputasi saya sebagai seorang pelakon selepas saya bercakap mengenai dakwaan salah laku itu,” katanya memetik laporan media antarabangsa, Screendaily.

Malah, tuntutan rasa telah siap beberapa minggu selepas Lively memfailkan aduan undang-undang.

Dalam pada itu, Baldoni menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang dikenakan terhadap dirinya melalui peguamnya dan menurut laporan, tiada sebarang komen mengenai tuntutan tersebut.

Pada hari yang sama, Baldoni turut memfailkan saman kepada New York Times kerana fitnah berikutan artikel pada bulan Disember 2024 dimana, memperincikan kempen fitnah yang didakwa ke atas Lively.

Untuk rekod, pelancaran filem It Ends With Us berjaya mengutip lebih USD350 juta (RM1,562,750,000.00) dalam box office global melalui Sony Pictures yang mengikuti kisah seorang wanita mengakhiri hubungannya berikutan krisis keganasan rumah tangga.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat