‘Beef Wellington’ Vivy Yusof trending

HANTARAN di Instagram (IG) story usahawan terkenal, Datin Vivy Yusof sekali lagi mendapat perhatian dengan gambar makanan steak ‘beef wellington’ bersama kapsyen sayu diperkatakan warga maya.

Ayat-ayat Vivy, 37 menyatakan bahawa disebabkan akaun banknya dibekukan menyebabkan ramai rakan risau dengan keadaan dia sekeluarga.

“Apabila media memaklumkan akaun bank kami dibekukan, tidak dapat dibayangkan bagaimana layanan ramai terhadap kami. Walaupun duit yang diperolehi adalah daripada hasil titik peluh sendiri, kami langsung tiada akses,” tulisnya.

Hal ini membuatkan ramai yang bersimpati lalu menghantar makanan, antaranya ‘beef weelington’.

Susulan itu, akaun @holiltheV berkata walaupun Vivy menghadapi kesukaran sumber kewangan namun, masih boleh menikmati makanan yang mahal.

“Kawan saya tiada duit, saya hantarkan nasi kerabu sahaja. Vivy tiada duit, kawan dia hantar ‘Beef Wellington’ (hidangan daging lembu),” tulisnya pada Khamis.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang dengan kenyataan tersebut kerana menganggap Vivy masih berpeluang untuk merasai makanan yang mahal walhal, jika sekiranya ada individu yang berada di tempatnya bersyukur walaupun dapat sebuku roti.

“Kita takda kawan golongan T20 nak merasa diberikan Beef Wellington. Dapat versi roti sosej pun dan seribu rahmat,” balas @Jannah dengan emoji sedih.

“We had zero? Tapi boleh lantik peguam dan pergi umrah. Ke semua itu mak ayah dia yang bayarkan?” kata @dyoguma.

“Dahagakan perhatian betul orang kaya ini. Main-main jadi mangsa keadaan pula, macam dia paling tersakiti tapi buat story makan sedap-sedap. Lepasni apa pula ya?” soal @minheeblonde.

Akaun Vivy dan suami Datuk Fadzaruddin Shah Anuar yang bernilai kira-kira RM1.1 juta disekat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Difahamkan, pembekuan itu susulan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap suami isteri tersebut berhubung kerugian pelaburan dana Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) serta Permodalan Nasional Bhd (PNB) berjumlah RM43.9 juta.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat