SELATAN INDIA: Seorang lelaki yang dipercayai mabuk mencetuskan kegusaran orang ramai, selepas bertindak untuk berbaring di atas wayar elektrik.
Menerusi video tular yang dimuat naik di laman Instagram pitchumanimemes, lelaki yang memakai baju merah dan berseluar pendek itu dilihat tenang bersantai di atas lokasi berbahaya tersebut, sekali gus menimbulkan kerisauan sekiranya dia terkena renjatan elektrik.
Video berdurasi 18 saat itu turut menyaksikan orang ramai bertindak memaksanya untuk turun dari tiang elektrik tersebut.
Malah, tidak kurang ada juga yang sempat mengambil foto dan video dalam kejadian yang berlaku di kampung M. Singipuram di daerah Manyam dekat Andhra Pradesh, India.
Tidak dapat dipastikan tarikh dan masa sebenar kejadian itu berlaku, namun difahamkan ia terjadi pada pagi tahun baharu.
Setakat artikel ini ditulis, video berkenaan sudah pun memperoleh lebih 143,000 tontonan dan lebih 6,000 orang memberi tanda suka.
Baca juga: