Rim tayar lori punca kemalangan maut ditemui di tapak pelupusan sampah

TANGKAK: Rim tayar lori yang didakwa menjadi punca kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara pada 23 Disember lalu ditemui.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, bagaimanapun, tayar pada rim bersaiz 22.5 inci seberat kira-kira 100 kilogram (kg) itu tidak ditemukan.

“Komponen rim besi milik lori Jenis Foton bernombor plat Johor itu dikenal pasti Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Alor Gajah di Pusat Pelupusan Sampah di Jalan Solok, Johor, petang Sabtu.

“Ia dijumpai selepas kita mendapatkan maklumat daripada Pegawai Operasi Pegawai Operasi Projek Penyelenggaraan Lebuh Raya Berhad (PROPEL) di Pejabat PLUS Tangkak.

“Pihak sub kontraktor PROPEL kemudian telah menyerahkan rim tayar lori itu kepada pihak polis dan satu ‘report’ rampasan telah dibuat sebelum rim dihantar ke Jabatan Kimia untuk siasatan lanjut,” katanya memetik laporan media tempatan.

Pada 23 Disember lalu, tujuh maut manakala 33 cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran yang membawa 27 penumpang, dua lori, sebuah kereta dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 204 Lebuhraya PLUS arah utara.

Siasatan awal mendapati, bas persiaran tersebut melanggar tayar lori yang tercabut di lorong tengah, menyebabkan bas itu hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan tiga kenderaan lain.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat