Oleh: Hanim Nadia
TUMPAT: Lebih 2,500 unit rokok elektronik seludup bernilai RM262,000 dirampas Pasukan Gerakan Am di Pengkalan Haram Paija, Tumpat, Kelantan pada 5 Januari lalu.
Menurut perkongsian Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) di laman Facebook rasmi, rampasan itu dibuat pada jam 11 malam selepas pihaknya mengesan sebuah kereta dalam kenderaan mencurigakan semasa rondaan.
Rokok elektronik itu diseludup menggunakan kereta jenis Proton Waja.
Kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967 dan semua barang rampasan akan dibawa ke Komtak Pengkalan Kubor untuk tindakan lanjut.
Baca juga: