MOTAC batal lesen syarikat Layang-Layang Resort

Oleh: Hanim Nadia

PETALING JAYA: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah membatalkan lesen syarikat Layang-Layang Island Resort Sdn. Bhd. dengan nombor lesen 2992 berkuat kuasa mulai 6 Januari 2025.

Pesuruhjaya Pelancongan MOTAC, Datuk Roslan Abdul Rahman berkata, tindakan itu selaras dengan Seksyen 8 Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482].

“MOTAC memandang serius sebarang perlanggaran peruntukan undang-undang oleh pengusahaan pelancongan berlesen demi menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat Malaysia Madani,” katanya dalam kenyataan ringkas pada Rabu.

Sebelum ini, media melaporkan, sebuah resort di Sabah dikatakan gagal mengembalikan deposit kepada lebih 100 individu termasuk pelancong asing yang menempah pakej menyelam skuba dengan mereka sejak 2020.

Tempahan tersebut memerlukan deposit sebanyak 50 peratus.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat